Selasa, 20 Disember 2016

SEJARAH KAMPUNG CHEH DAN CHANGKAT JERING

TAHUKAH ANDA?

CHANGKAT JERING 

Changkat Jering merupakan mukim dalam daerah Taiping, negeri Perak Darul Ridzuan. Mukim Changkat Jering terletak di bawah pentadbiran Daerah Larut, Matang dan Selama. Mukim ini terletak di antara persimpangan Air Kuning  terong dan juga ke arah ke Taiping dan menjadi pekan sejak Zaman British menjajah Malaya pada masa perang Dunia 1 dahulu dan sehingga sekarang  sejarahnya agak menarik kerana d antara perjalanan ke bandar Warisan Taiping dan juga ke Bandar Diraja Kuala Kangsar dan juga persimpangan ke Pulau Peraginan Pulau Pangkor Daerah Setiawan.
Di pekan kecil itu , terdapat juga bangunan sekolah lama yang pertama di Mukim Bukit Gantang dan juga telah menjadi Muzium, dan juga daerah itu dikelilingi kawasan bukit yang mengeluarkan hasil hutan seperti buah-buahan. Changkat Jering juga mempunyai dua buah sekolah menengah klinik serta balai polis , dan juga beberapa kawasan perumahan kos sederhana. Selain itu terdapat juga pekan minggu yang agak terkenal. Di pasar itu terdapat juga pelbagai jenis makanan , kraftangan dan juga hasil tanaman dengan harga yang berpatutan.
Terletak pada koordinat 4° 47' 0" Utara, 100° 46' 0" Timur. Kampung Bukit Gantang berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan dengan Changkat Jering, Kampung Cheh, Matang, Padang Rengas, Kuala Sepetang dan lain-lain. Nama gantang diambil daripada nama bukit, ditemui sejenis alat yang dinamakan gantang.

Gantang ialah sejenis alat untuk mengukur jumlah beras atau padi. Bentuknya seperti bentuk tong susu tepung Nestle yang bersaiz 2 kilo. Saiz yang lebih kecil ialah cupak 


Asal Usul Nama Kampung Cheh.

Menarik untuk dikongsi!!

Menurut cerita orang orang tua terdahulu, nama Kampung Cheh berkait rapat dengan kampung Senduk .
Cerita yang bermula pada satu masa dahulu ada sekumpulan penduduk kampung yang pergi berkelah di Kampung Senduk. Dalam perjalanan pulang seorang daripada mereka teringat senduk yang tertinggal di tempat mereka berkelah dengan berkata
"CHEH, senduk aku tertinggal".
Sehingga ke hari ini kampung ini terus di kenali sebagai Kampung Cheh.

Terdapat beberapa kemudahan yang tersedia di Kampong Cheh ini, antaranya, kemudahan masjid jamek yang didirikan solat Jumaat dan masjid tersebut mampu menampung 300 bilangan jemaah dalam satu-satu masa. di masjid tersebut juga terdapat tanah perkuburan islam. klinik kesihatan juga turut tersedia bagi menjamin kesihatan penduduk setempat dan juga pengunjung yang bertandang ke kampung tersebut. sebuah giat mara juga terdapat di sana bagi melahirkan dan membimbing bakat anak-anak tempatan mahupun luar dari kampung tersebut dalam bidang jahitan dan perbengkelan motor dan kereta. pembelajaran di sana mengambil masa sekitar 6 bulan sahaja serta di bayar elaun bulanan bagi menampung sedikit perbelanjaan harian pelajar tersebut. di kampung tersebut juga wujudnya rumah anak yatim perempuan yang menampung sejumlah 23 orang buat masa kini. peringkat umur yang mendiami rumah anak yatim tersebut antara umur 7 tahun sehingga berumur 18 tahun.  sekolah rendah kebangsaan sultan abdullah juga turut terdapat di dalam kampung cheh yang menjadi sumber ilmu peringkat awal kanak-kanak. sekolah tersebut dapat menampung bilangan daripada beberapa buah kampung sekitarnya. sekolah kafa juga turut mendapat tempat di kampug tersebut bagi merialisasikan pembelajaran agama. sekolah kafa tersebut beroprasi pada waktu petang iaitu bermula dari jam 3.00 petang sehingga jam 6.00 petang. kebiasaannya murid yang bersekolah di sekolah kebangsaan sebahagiannya akan pergi pula ke sekolah kafa tersebut bagi mendalami pengajian asas fardhu 'ain.
​apabila tiba musim buah-buahan kayu, akan ada 1 tempat sebagai pengumpulan hasil buah-buahan daripada hasil dusun penduduk tempatan yang di panggil peraih. penduduk kampung akan menghantar buah-buahan tersebut kepada peraih untuk di jual. jika tidak ada musim buah-buahan, penduduk tempatan akan berkebun sebagai penoreh getah atau berkebun sawit.
keistimewaan lain yang terdapat di dalam kampung ini juga homestay bagi memudahkan pelawat dari luar yang datang menziarahi kampung tersebut sama ada untuk bercuti ataupun majlis kenduri-kendara. juga terdapat shele yang berhampiran dengan air terjun yang mampu menarik minat pengunjung untuk menikmati flora dan fauna yang terdapat di kampung tersebut. shele tersebut boleh di tempah untuk program bermalam ataupun program seharian untuk aktiviti-aktiviti indoor atau outdoor.

air terjun yang terdapat di kampung tersebut merupakan tempat perkelahan dan menjadi sumber air bagi penduduk tempatan sekitarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan